top of page
Apabila disebut perkataan makanan ringan, sudah semestinya kita akan membayangkan makanan yang senang dimasak, senang dimakan dan boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah. Ha..inilah hakikat makanan ringan orang Johor iaitu mee siput. Mee ini diberi nama sebegitu kerana rupa bentuknya yang seolah-olah berpusing seperti cengkerang haiwan yang bernama siput.

MEE SIPUT mupakan sejenis produk proses berasaskan tepung yang popular dikalangan rakyat Johor terutamanya di Daerah Muar, Batu Pahat dan Daerah Ledang semenjak lama dahulu. Kini mee siput telah terkenal di seluruh Selatan Tanah Air sebagai satu jenis makanan ringan yang diminati. Di negeri lain pula ada mee seakan mee siput yang dipanggil sebagai 'Mee Sanggul' walau pun rupa bentuk dan saiznya serta kegunaannya agak berbeza sedikit.

Mee siput ini juga sangat rangup apabila dimakan. Sepaket RM3 berserta dengan sambal yang pedas. Mee siput juga sekarang sedang membuat promosi besar-besaran iaitu beli 10 paket percuma 1. Jadi cepat-cepat grab mee siput sekarang!!


bottom of page